Menu Utama

Doa Selepas Solat

Doa Selepas Solat Fardhu (Senang Dihafal)

1. Tahmid (Memuji Allah)

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

2. Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW

وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
Wassolaatu Wassalaamu 'Alaa Asyrafil Anbiyaa'i Wal Mursaliin Wa 'Alaa Aalihi Wa Sohbihi Ajma'iin.
Semoga selawat serta salam ke atas junjungan para nabi dan rasul yang termulia, serta ke atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

3. Doa Memohon Solat Diterima

اَللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا صَلَاتَنَا وَصِيَامَنَا وَرُكُوْعَنَا وَسُجُوْدَنَا وَقُعُوْدَنَا وَتَضَرُّعَنَا وَتَخَشُّعَنَا وَتَعَبُّدَنَا وَتَمِّمْ تَقْصِيْرَنَا يَا اللهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ
Allahumma Rabbanaa Taqobbal Minnaa Solaatanaa Wa Siyaamanaa Wa Rukuu'anaa Wa Sujuudanaa Wa Qu'uudanaa Wa Tadhorru'anaa Wa Takhosysyu'anaa Wa Ta'abbudanaa Wa Tammim Taqsiironaa Ya Allah Ya Rabbal 'Aalamiin.
Ya Allah, Tuhan kami, terimalah solat kami, puasa kami, rukuk kami, sujud kami, duduk kami, kerendahan diri kami, kekhusyukan kami, pengabdian kami, dan sempurnakanlah apa yang kami cuai selama ini, wahai Allah, wahai Tuhan sekalian alam.

4. Doa Mohon Keampunan Dan Rahmat

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
Rabbanaa Zholamnaa Anfusanaa Wa Illam Taghfirlanaa Wa Tarhamnaa Lanakuunanna Minal Khaasiriin.
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi. (Surah Al-A'raf: 23)

5. Doa Mohon Dipermudahkan Urusan

رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا
Rabbanaa Walaa Tahmil 'Alainaa Ishron Kamaa Hamaltahu 'Alalladziina Min Qoblinaa.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. (Surah Al-Baqarah: 286)

6. Doa Mohon Kesabaran Dan Pertolongan

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ
Rabbanaa Afrigh 'Alainaa Sobron Wa Tsabbit Aqdaamanaa Wanshurnaa 'Alal Qoumil Kaafiriin.
Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, teguhkanlah pendirian kami, dan bantulah kami menentang kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah: 250)

7. Doa Mohon Kebaikan Dunia Dan Akhirat

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Rabbanaa Aatinaa Fiddun-yaa Hasanatan Wafil Aakhirati Hasanatan Waqinaa 'Adzaabannaar.
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. (Surah Al-Baqarah: 201)